Ads 468x60px

Labels

Monday 10 December 2012

Video Peribahasa 1

Video Peribahasa 2

Video Peribahasa 3 (Persembahan Murid)

Latihan

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,
               pilih satu jawapan yang paling tepat sahaja. ( 2 % untuk setiap soalan, jumlah markah
              100% )

Latihan 1 : Simpulan Bahasa

1. Sara terpaksa                               kerana mahu mengumpul duit bagi membeli hadiah untuk
    ibunya.
    A. hati perut         B. alas perut         C. ikat perut         D. tali barut

2. Anggota tentera negara kita sanggup                               demi pertahankan negara.
    A. putih hati         B. putih tulang         C. putih mata         D. putih tapak kaki

3. Nani suka menceritakan segala rahsia kawan-kawannya kepada orang lain, sebab itulah dia
    digelar                                      .
    A. buruk siku         B. mulut murai         C. telinga kuali         D. mulut tempayan

4. Kejayaan ini menjadi                              untuk kamu memasuki peringkat kebangsaan.
    A. jalan buntu         B. bunga wang         C. batu api         D. batu loncatan

5. Orang kaya yang                          itu tidak pernah menderma kepada orang-orang miskin.
    A. tangkai jering         B. telinga kuali         C. berat tangan         D. kera sumbang

6. Zi En digelar                            kerana dia tidak pernah menunaikan janjinya.
    A. berat mulut         B. lidah biawak         C. telinga nipis         D. tangkai jering

7. Puan Siti                          ketika hendak memilih pasu bunga yang dijual di kedai itu.
    A. rambang mata         B. mata duitan         C. mata petai         D. sakit mata

8. Johan menjadi                          sekolahnya dalam sukan bola sepak.
    A. kaki ayam         B. cakar ayam         C. ayam tambatan         D. ajak-ajak ayam

9. Keadaan mangsa kemalangan itu seperti                                di tengah jalan raya.
    A. tidur mati          B. mati katak         C. tidur-tidur ayam         D. nyawa-nyawa ikan

10. Lelaki yang                          itu akan dihukum penjara selama lima tahun.
      A. makan gaji         B. makan suap         C. hancur hati         D. sehelai sepinggang

Latihan 2 : Perumpamaan


1. Hubungan antara Anis dengan Mei Chuan sangat akrab seperti                                        .
    A. aur dengan tebing    B. isi dengan kuku    C. talam dua muka    D. anjing dengan kucing

2. Muka Ann pucat seperti                             kerana sudah seminggu menghidap deman panas.
    A. cacing kepanasan    B. galah di tengah arus    C. cicak makan kapur    D. ayam berak kapur

3. Rupa paras gadis itu bagai                          menyebabkan banyak jejaka terpikat dengan
    kejelitaannya.
    A. bulan penuh purnama    B. bulan jatuh ke riba    C. bulan dengan matahari    D.bertih digoreng

4. Cik Laila selalu dipuji oleh majikannya kerana dia bekerja dengan berhati-hati bagaikan            .
    A. mendukung biawak hidup    B. menghitung bulu kambing    C. menarik rambut dalam tepung
    D. telur di hujung tanduk

5. Kejayaan Ah Seng memenangi wang tunai sejuta ringgit dianggapnya bagai                              .
    A. api dalam sekam    B. bulan jatuh ke riba    C. hujan jatuh ke pasir    D. kera mendapat bunga

6. Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu seperti                                      .
    A. gergaji dua mata    B. Belanda meminta tanah    C. ayam berak kapur    D. cicak makan kapur

7. Puan Lim memelihara Wei Hao bagai                             walaupun dia hanyalah anak angkat.
    A. kumbang putus tali    B. manik putus tali    C. belut diregang    D. menatang minyak yang penuh

8. Nasihat yang saya berikan kepadanya sia-sia sahaja, bagai                                            .
    A. mencurah air ke daun keladi    B. embun di hujung rumput    C. rumput di tepi jalan
    D. bulan jatuh ke riba

9. Anita berjalan bagai                               kerana terlalu letih setelah menjalani latihan bola jaring.
    A. mencencang air    B. kacang lupakan kulit    C. itik pulang petang    D. rusa masuk kampung

10. Jalan masuk ke kampung yang terpencil itu bengkang-bengkok seperti                                   .
      A. ular kena palu    B. pinang dibelah dua    C. pahat dengan penukul    D. batu di pulau

Latihan 3 : Bidalan, Pepatah dan Kata-kata Hikmat


1. Soon Kit                             ketika berbaik-baik dengan Balan kerana dia hendak meminjam basikal
    barunya.
    A. ada asap ada api                     B. ada gula ada semut
    C. ada rotan ada duri                   D. ada udang di sebalik batu

2. Kita jangan terburu-buru ketika memandu, patutlah selalu ingat                                        .
    A. masa itu emas    B. ilmu pelita hati    C. muafakat itu berkat    D. pandu cermat jiwa selamat

3. Amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Bak kata pepatah,                                      .
    A. alah bisa tegal biasa                 B. malu berani, mati takut        
    C. hidup segan mati tak mahu       D. melentur buluh biarlah dari rebungnya

4. Penjahat yang merompak bank itu telah ditangkap oleh polis. Bak kata pepatah,                          .
    A. lembu punya susu, sapi dapat nama    B. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
    C. nasi sudah menjadi bubur                   D. kalah jadi abu, menang jadi arang
    
5. Encik Ho menerima pekerjaan yang susah itu dengan hati terbuka, kerana baginya                       .
    A. alah bisa tegal biasa                                  B. nasi sudah menjadi bubur   
    C. ukur baju di badan sendiri                         D. kalah jadi abu, menang jadi arang

6. Penduduk Kampung Makmur saling membantu kerana bagi mereka                                          .
    A. buang yang keruh, ambil yang jernih            B. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
    C. berat sama dipikul, ringin sama dijinjing       D. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

7. Pihak sekolah telah memberi bantuan kepada Abu sekeluarga kerana kehidupan mereka ibarat
                                                     .
    A. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri      B. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
    C. berani kerana benar, takut kerana salah    D. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

8. Pelancong-pelancong dari luar negara berasa hampa kerana pulau peranginan itu                       .
    A. ada pasang ada surut                                B. menanam tebu di tepi bibir   
    C. indah khabar daripada rupa                      D. harapkan pagar, pagar makan padi

9. Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan merupakan pemain badminton yang hebat. Mereka dikatakan
                                                    .
    A. berdiri sama tinggi, duduk sama rendah    B. kalah menjadi abu, menang menjadi arang
    C. lembu punya susu, sapi dapat nama          D. biar putih tulang, jangan putih mata

10. Peniaga yang                                    pandai mengambil hati pelanggannya.
      A. ada rupa ada harga                B. menanam tebu di tepi bibir
      C. alah bisa tegal biasa               D. ada gula ada semut

Latihan 4 : Peribahasa



 1. Sebelum turun ke sawah, Pak Long akan makan dua keping roti sebagai                                 .
     A. tali barut         B. puteri lilin         C. alas perut          D. besar perut

 2. Feng Huat digelar                           kerana suka meminta balik barang-barang pemberiannya.
     A. buruk siku          B. buruk makan         C. kepala angin         D. kerang busuk

 3. Tanpa usul periksa, pemuda yang                            itu terus memarahinya.
     A. telinga kuali         B. telinga nipis         C. muka tembok         D. lepas tangan

 4. Ketika keluar dari rumah itu, mereka hanya                          tanpa membawa apa-apa.
     A. berat hati         B. sebatang kara         C. mulut tempayan         D. sehelai sepinggang

 5. Beberapa orang                             ditangkap ketika merayau-rayau di bandar pada larut malam.
     A. ketam batu         B. kutu embun         C. kaki bangku         D. buruk siku

 6.                            Encik Wong apabila mendengar berita kematian anak sulungnya.
     A. Hati batu         B. Putus asa         C. Keras hati         D. Hancur hati

 7. Hubungan lelaki itu dengan ayah saya                                  sahaja.  
     A. ajak-ajak ayam       B. kera sumbang       C. bau-bau bacang       D. nyawa-nyawa ikan

 8. Linda Heng menghadapi                             dalam menyelesaikan soalan Matematik itu.
     A. besar hati         B. daya fikir         C. makan suap         D. jalan buntu

 9. Pak Abu dan Mak Minah kelihatan seperti                         apabila pertama kali menjejakkan kaki
     di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
     A. cacing kepanasan                      B. anjing dengan kucing
     C. rusa masuk kampung                 D. kera mendapat bunga

10. Pasangan pengantin yang bersanding di atas pelamin itu kelihatan cantik dan padan
      bagai                                           .
      A. pinang dibelah dua                   B. lembu dicucuk hidung
      C. bulan dipagari bintang              D. si kudung mendapat cincin

11. Jia Ling                                        kerana kurang membaca.
      A. bagai abu di atas tunggul                   B. bagai bertepuk sebelah tangan
      C. bagai pinang dibelah dua                   D. seperti katak di bawah tempurung

12. Kehidupan Wahid sekeluarga akhirnya                                     , apabila kedua-dua orang
      abangnya berjaya menjawat jawatan tinggi di ibu kota.
      A. bagai kain tiga hasta                          B. bagai Belanda meminta tanah
      C. seperti kumbang putus tali                 D. seperti kaca terhempas ke batu

13. Perempuan cantik itu bagai                            sering mendapat perhatian daripada orang ramai.
      A. batu jatuh ke lubuk                           B. ayam mengeram telur
      C. bulan penuh purnama                      D. bulan jatuh ke riba

14. Ketika mendengar kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap keluarganya, hati Fatimah sakit
      bagai                                                 .
      A. kumbang putus tali                            B. dihiris dengan sembilu
      C. kera mendapat bunga                       D. ayam disambar helang

15. Keadaan pengemis tua itu amat menyedihkan, seperti                                      tiada orang
      mempedulikannya.
      A. rumput di tepi jalan                            B. telur di hujung tanduk
      C. kumbang putus tali                            D. embun di hujung rumput

16. Sejak berjawatan tinggi, Eric tidak mahu pulang ke kampung halamannya, dia
      dikatakan                                               .
      A. seperti duri dalam daging                   B. seperti kacang lupakan kulit
      C. seperti kerbau dicucuk hidung           D. seperti kaca terhempas ke batu

17. Berusahalah dengan gigih sehingga berjaya kerana                                            .
      A. ada kerak adalah nasi                                B. ringan tulang, berat perut
      C. bagaimana acuan, begitulah kuihnya        D. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

18. Sudah terlambat untuk mengubah keputusan yang dibuat kerana                                .
      A. nasi sudah menjadi bubur                     B. hangat-hangat tahi ayam
      C. rumah sudah siap pahat berbunya       D. bumi mana yang tidak ditimpa hujan

19. Cikgu Mazni memaafkan budak yang melakukan kesalahan itu kerana baginya                          .
      A. ada udang di sebalik batu                      B. indah khabar daripada rupa
      C. harapkan pagar, pagar makan padi       D. bumi mana yang tidak ditimpa hujan

20. Pengurus syarikat itu terlalu percaya kepada pembantu peribadinya sehingga menyusahkan diri
      sendiri. Dia berasa kecewa kerana                                           .
      A. rosak badan kerana mulut                 B. harapkan pagar, pagar makan padi
      C. hidup segan mati tidak mahu             D. ada ubi ada batas, ada budi ada balas

Sunday 9 December 2012

Peribahasa 俗语

Peribahasa ialan kumpulan kata atau ayat yang tetap susunannya dan mempunyai maksud yang tertentu. Peribahasa untuk sekolah rendah merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan kata-kata hikmat. Setiap satunya mempunyai sifat dan tujuan yang tertentu.

A) Simpulan Bahasa 成语
Peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan, mempunyai makna yang berlainan daripada perkataan yang membentuknya.

1. Alas perut : Makan sekadar menghilangkan rasa lapar. 只吃一点东西以充饥

2. Ayam tambatan : Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pasukan. 有寄望的人

3. Batu loncatan : Sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan yang lain. 垫脚石

4. Bau-bau bacang : Hubungan persaudaraan yang jauh. 远亲

5. Buruk siku : Meminta balik sesuatu yang telah diberikan kepada seseorang. 讨回已送给人的东西

6. Cacing kepanasan : Seseorang yang dalam kegelisahan. 很忧虑

7. Durian runtuh : Keuntungan yang tidak disangka-sangka. 意外收获

8. Hancur hati : Sangat sedih. 伤心绝望

9. Ikat perut : Menahan lapar kerana berjimat. 为节俭而挨饿

10. Jalan buntu : Gagal untuk mendapatkan penyelesaian. 束手无策

11. Kera sumbang : Orang yang tidak suka bercampur gaul dengan orang lain. 性情孤僻, 不喜交际

12. Khabar angin : Berita yang belum sah lagi. 谣言

13. Kutu embun : Orang yang suka merayau-rayau hingga larut malam. 夜游者

14. Lidah biawak : Percakapan yang berubah-ubah. 出尔反尔

15. Lipas Kudung : Membuat kerja dengan cepat. 手脚敏捷,做事迅速

16. Makan suap : Menerima rasuah. 贪污

17. Mulut murai : Orang yang suka bercakap. 喋喋不休

18. Mulut tempayan : Orang yang tidak dapat menyimpan rahsia. 不能保守秘密的人

19. Nyawa-nyawa ikan : Hampir-hampir mati. 奄奄一息

20. Putih tulang : Sanggup mati daripada mendapat malu. 宁死不屈

21. Rambang mata : Tidak dapat memilih kerana mempunyai pilihan yang banyak. 眼花缭乱

22. Raja sehari : Pengantin. 新郎; 新娘

23. Sehelai sepinggang : Sangat miskin. 身无分文

24. Tangkai jering : Orang yang kedekut. 吝啬的人

25. Telinga nipis : Orang yang cepat marah. 易发怒的人

B) Perumpamaan 比喻


Susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Lazimnya perumpamaan didahului dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.

1. Bagai aur dengan tebing : Hidup saling membantu. 比喻互相帮助

2. Bagai bulan jatuh ke riba : Mendapat sesuatu benda yang tidak diduga. 比喻意外收获

3. Bagai bulan penuh purnama : Perempuan yang sangat cantik. 比喻美若天仙

4. Bagai dihiris dengan sembilu : Perasaan yang sungguh sedih. 比喻心如刀割

5. Bagai duri dalam daging : Sesuatu perkara yang tidak menyenangkan. 令人烦厌的事

6. Bagai embun di hujung rumput : Kasih sayang yang tidak kekal. 比喻无法持久的感情

7. Bagai itik pulang petang : Berjalan dengan sangat perlahan. 比喻走得很慢

8. Bagai kelip-kelip terbang malam : Rahsia yang sudah diketahui orang. 比喻纸包不住火

9. Bagai menarik rambut dalam tepung : Melakukan sesuatu kerja dengan berhati-hati. 谨慎地进行工
                                                                作

10. Bagai menatang minyak yang penuh : Menjaga seseorang dengan penuh kasih sayang. 无微不
                                                                  至

11. Bagai mencurah air ke daun keladi : Sia-sia memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu
                                                               mendengarnya. 比喻白费心机

12. Bagai pinang dibelah dua : Pasangan yang sungguh secocok. 郎才女貌

13. Seperti api dalam sekam : Perbuatan jahat yang dilakukan secara diam-diam. 暗地里干坏事

14. Seperti ayam berak kapur : Keadaan yang pucat kerana penyakit. 比喻因病而脸青唇白

15. Seperti Belanda minta tanah : Diberi sedikit, hendak lebih banyak. 比喻得寸进尺

16. Seperti isi dengan kuku : Hubungan yang sangat rapat. 非常密切的关系

17. Seperti katak di bawah tempurung : Orang yang cetek pengetahuannya. 井底之蛙

18. Seperti kacang lupakan kulit : Orang yang tidak mengenang budi. 比喻忘恩负义

19. Seperti kumbang putus tali : Gembira apabila terlepas daripada kesusahan. 比喻因避开灾难而高
                                                   兴

20. Seperti rumput di tepi jalan : Hidup dalam kemiskinan dan tiada siapa mempedulikannya. 穷困潦
                                                    倒

21. Seperti rusa masuk ke kampung : Keadaan seseorang yang tercengang-cengang kehairanan.
                                                           少见多怪

22. Seperti ular kena palu : Perjalanan yang bengkang-bengkok. 蜿蜒曲折的道路

23. Laksana pokok kayu tidak berbuah : Tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari. 没有实践学过的知
                                                                 识

24. Laksana wau melawan angin : Kerja yang sia-sia. 白费力气的事

25. Umpama kambing dihalau ke air : Memaksa seseorang untuk melakukan perkara yang tidak
                                                           disukainya. 强迫他人进行不喜欢做的事情

C) Bidalan 谚语


Peribahasa yang digunakan untuk memberikan pengajaran dan nasihat tentang perkara yang benar.

1. Ada gula ada semut : Banyak orang datang sekiranya terdapat rezeki yang banyak. 工作机会多人
    便多

2. Ada udang di sebalik batu : Membuat sesuatu dengan mempunyai tujuan di sebaliknya. 另有目的

3. Alah bisa tegal biasa : Sesuatu kerja yang susah akan menjadi senang jika selalu membuatnya.熟
    能生巧

4. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat : Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru
    bertindak. 三思而后行

5. Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak :  Membuat kerja sambilan sementara mendapat
    pekerjaan yang tetap. 还未找到更好的工作前先做好现有的工作

6. Biar lambat asalkan selamat : Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati. 小心驶得万
    年船

7. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali : Berbuat baik secara sederhana tetapi
    perbuatan jahat jangan sekali pun dicuba. 在自己的能力范围内做好事, 但坏事就千万一次也别做

8. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan : Sesiapa sahaja tidak lepas daripada membuat kesilapan. 人
    非圣贤, 孰能无过

9. Duduk seorang bersempit-sempit, duduk ramai berlapang-lapang : Pendapat ramai lebih baik
    daripada pendapat individu. 多人的意见总比一个人的好

10. Genggam bara api biar sampai jadi arang : Apabila melakukan sesuatu kerja yang susah,
      hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan. 面对困难时应坚忍到底

11. Hangat-hangat tahi ayam : Orang yang bekerja dengan bersungguh-sungguh pada mulanya
      sahaja. 做事三分钟热度

12. Indah khabar daripada rupa : Perkhabaran yang selalu dilebih-lebihkan daripada perkara
      sebenarnya. 言过其实

13. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang : Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup
      sahaja. 足以糊口

14. Melentur buluh biarlah dari rebungnya : Mendidik seseorang itu dengan perkara yang baik
      biarlah ketika masih kecil lagi. 教育孩子应从小开始

15. Menanam tebu di tepi bibir : Orang yang bercakap manis tetapi di hatinya tidak. 口蜜腹剑

D) Pepatah 格言


Merupakan ungkapan yang berulangan. Bertujuan melahirkan penegasan, panduan hidup atau menyampaikan unsur-unsur pengajaran.
 
1. Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas : Sesuatu perbuatan yang jahat akan mendapat
    balasannya suatu hari nanti. 恶有恶报

2. Ada kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar tak akan berbau : Tidak ada gunanya mempunyai ilmu
    pengetahuan yang dalam dan tidak diajarkan kepada orang lain. 有才学而不传授是没有意义的

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing : Bekerjasama dan saling menolong. 有难同当, 有福同享

4. Berani kerana benar, takut kerana salah : Berani bertindak kerana betul. 理直气壮

5. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah : Setaraf. 平起平坐

6. Biar putih tulang, jangan putih mata : Lebih baik mati daripada menanggung malu. 宁死不屈

7. Cermat semasa banyak, jimat semasa sikit : Berjimat-cermat ketika menggunakan wang. 节省金钱

8. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan : Seseorang yang bersungguh-sungguh untuk mencapai
    sesuatu yang dihajati, pasti akan tercapai juga. 有志者事竟成

9. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung : Mematuhi peraturan yang ditetapkan di mana kita
    berada. 入乡随俗

10. Harapkan pagar, pagar makan padi : Mengharapkan seseorang yang tidak boleh dipercayai. 所
      托非人


11. Lembu punya susu, sapi dapat nama : Orang lain yang berusaha, orang lain yang mendapat
      sanjungan. 抢夺别人的功劳

12. Nasi sudah menjadi bubur : Sesuatu yang tidak boleh diperbaiki lagi. 不能改变的结果

13. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa : Setiap pemberian orang hendaklah
      dibalas. 知恩图报

14. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna : Berfikirlah masak-masak sebelum
      melakukan sesuatu. 三思而后行

15. Yang baik dipakai, yang buruk dibuang : Pandai membezakan baik atau buruk. 善于分别好坏

E) Kata-kata Hikmat 名句

Perkataan bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi. Perkataannya ringkas dan mudah disebut, berupa nasihat, panduan dan peringatan serta dijadikan pedoman hidup.

1. Bahasa jiwa bangsa : Bahasa itu ialah semangat sesuatu bangsa. 语言是民族的灵魂

2. Bersatu teguh bercerai roboh : Persefahaman sesuatu kumpulan akan membawa kejayaan
    manakala pergaduhan hanya membawa perpecahan. 团结就是力量

3. Kata itu kota : Setiap janji hendaklah ditunaikan. 言出必行

4. Masa itu emas : Masa itu sangat berharga. 时间就是金钱

5. Membaca jambatan ilmu : Tabiat suka membaca dapat membantu kita menambahkan ilmu
    pengetahuan. 阅读是知识的桥梁

6. Pandu cermat jiwa selamat : Memandu dengan berhati-hati supaya semua pihak selamat. 小心驾
    驶以确保安全


Sunday 2 December 2012

Pengenalan


Blog pengajaran dan pembelajaran ini dibina khas untuk kursus PJJ saya bagi mata pelajaran KRT3013 iaitu Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Saya adalah guru bahasa di SJK (C), oleh itu saya telah menyediakan blog P & P bagi mata pelajaran bahasa Malaysia tahun 5. Topik pengajaran yang saya pilih ialah peribahasa.

Dalam blog ini, saya telah menyediakan bahan pembelajaran seperti nota, slaid menarik yang berkaitan dengan peribahasa, soalan latihan dan juga disertakan jawapan untuk soalan latihan. Saya juga telah meletakkan gambar-gambar yang diambil semasa aktiviti kelas dijalankan.

Semasa anda melayari blog saya,  anda juga boleh mendengar dua buah lagu yang menarik iaitu lagu kegemaran saya. Salah sebuah lagu ialah lagu bahasa Cina yang bertajuk "Hati masih panas" yang dinyanyi oleh S.H.E.(penyanyi Taiwan),  manakala satu lagi ialah lagu Melayu yang bertajuk "Matahariku" yang dinyanyi oleh Shila Amzah (penyanyi Malaysia yang berbakat).

Sungguhpun saya telah menceburi bidang ini selama 17 tahun, tetapi semangat saya tetap berkobar-kobar, seperti  tajuk lagu tersebut "hati masih panas" kerana memikirkan murid-murid bagai "matahariku" yang akan terus menyinari bumi kita. Oleh sebab makna yang tersirat inilah, saya memilih dua buah lagu ini untuk disiarkan dalam blog saya. Harap anda dapat menikmati dua buah lagu yang sedap ini. Anda juga boleh tekan "off" di sebelah atas untuk mematikan lagu.


Video-video yang saya masukkan didapati dari Youtube, iaitu video animasi berkaitan dengan peribahasa. Gambar di dalam video-video ini berwarna-warni, cantik dan menarik. Nikmatilah video-video yang saya sediakan untuk anda. Saya juga menyediakan beberapa pautan yang diharap berguna untuk anda. Saya berharap isi kandungan blog saya dapat memanfaatkan anda.  







Thursday 29 November 2012

Perbincangan kumpulan






Murid-murid sedang menjalankan aktiviti kumpulan.








Guru memberikan bimbingan kepada murid.



Friday 16 November 2012

Kata-kata Aluan




Memang tidak terfikir saya masih berpeluang belajar di menara gading, bersyukurlah saya kerana Kementerian Pendidikan sudi menyediakan peluang ini kepada guru yang masih belum mempunyai ijazah pertama. Sebelum ini, saya hanya tahu menggunakan komputer untuk menyediakan kertas soalan peperiksaan dan memasukkan markah atau maklumat murid sahaja. Sangatlah malu kerana pengetahuan saya terhadap ICT hanyalah setakat itu sahaja.

Semester ini saya terpaksa merakam video untuk proses pengajaran dan pembelajaran saya, copy rakaman tersebut dalam CD, “upload” ke Youtube dan membina satu persembahan dengan menggunakan Microsoft PowerPoint serta membina blog P&P. Semua ini merupakan satu percubaan yang baru untuk saya. Bersyukurlah kini dua tugasan telah berjaya dihantar, sekarang barulah saya mempunyai masa untuk belajar membina blog kerana sekolah telah mula bercuti.

Didapati bukan senang untuk membina satu blog, juga susah untuk meminta bantuan kerana tidak ramai orang yang mengenalinya. Tutor E-learning saya, Encik Sulaiman memang pakar dalam bidang ini, saya telah belajar serba sedikit semasa mengikuti kelas tutorial beliau. Bersyukurlah saya dapat menghasilkan blog ini atas bantuan daripada banyak pihak. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyampaikan ilmu ini kepada saya.
                                                  

                                          "Buah cempedak di luar pagar,                                          
Ambil galah tolong jolokkan,
                                           Saya budak baru belajar,
                                           Kalau salah tolong tunjukkan.”

Saya amat pasti, setiap orang yang membesar di bumi Malaysia, pasti pernah belajar dan hafal pantun ini, pantun yang paling asas diajar dan dipelajari oleh anak-anak di setiap rumah. Mesejnya jelas: untuk belajar, harus bersedia untuk menerima teguran dan tunjuk ajar. Lumrah orang belajar, pasti akan melakukan kesalahan demi kesalahan, sebelum menghampiri kesempurnaan. Bagaimana untuk menghampiri kesempurnaan, adalah dengan rela menerima tunjuk ajar daripada yang berilmu. Proses tunjuk ajar ini akan berlaku secara berulang-ulang kali dan memakan masa yang bukan sedikit. Sesungguhnya, itulah hakikat dalam pembelajaran.

Salah satu unsur penting untuk mempelajari sesuatu, adalah keperluan untuk bertindak. Kaedah untuk belajar sambil bertindak merupakan kaedah klasik yang diperturunkan sejak turun-temurun. Kaedah ini memerlukan jiwa yang kental, keikhlasan dan keinginan yang tinggi untuk menghasilkan perubahan terhadap diri. Dalam era globalisasi sekarang, generasi muda mestilah celik ICT supaya berdaya saing. Sebagai guru kepada generasi muda sekarang, saya mestilah tidak boleh ketinggalan. Diharap blog ini akan mendapat komen yang membina daripada semua pihak, dengan ini barulah dapat saya memaju ke hadapan.

Sekian, terima kasih.

Slaid P&P 2

Slaid P&P 3

Sekian, terima kasih !