Ads 468x60px

Labels

Latihan

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,
               pilih satu jawapan yang paling tepat sahaja. ( 2 % untuk setiap soalan, jumlah markah
              100% )

Latihan 1 : Simpulan Bahasa

1. Sara terpaksa                               kerana mahu mengumpul duit bagi membeli hadiah untuk
    ibunya.
    A. hati perut         B. alas perut         C. ikat perut         D. tali barut

2. Anggota tentera negara kita sanggup                               demi pertahankan negara.
    A. putih hati         B. putih tulang         C. putih mata         D. putih tapak kaki

3. Nani suka menceritakan segala rahsia kawan-kawannya kepada orang lain, sebab itulah dia
    digelar                                      .
    A. buruk siku         B. mulut murai         C. telinga kuali         D. mulut tempayan

4. Kejayaan ini menjadi                              untuk kamu memasuki peringkat kebangsaan.
    A. jalan buntu         B. bunga wang         C. batu api         D. batu loncatan

5. Orang kaya yang                          itu tidak pernah menderma kepada orang-orang miskin.
    A. tangkai jering         B. telinga kuali         C. berat tangan         D. kera sumbang

6. Zi En digelar                            kerana dia tidak pernah menunaikan janjinya.
    A. berat mulut         B. lidah biawak         C. telinga nipis         D. tangkai jering

7. Puan Siti                          ketika hendak memilih pasu bunga yang dijual di kedai itu.
    A. rambang mata         B. mata duitan         C. mata petai         D. sakit mata

8. Johan menjadi                          sekolahnya dalam sukan bola sepak.
    A. kaki ayam         B. cakar ayam         C. ayam tambatan         D. ajak-ajak ayam

9. Keadaan mangsa kemalangan itu seperti                                di tengah jalan raya.
    A. tidur mati          B. mati katak         C. tidur-tidur ayam         D. nyawa-nyawa ikan

10. Lelaki yang                          itu akan dihukum penjara selama lima tahun.
      A. makan gaji         B. makan suap         C. hancur hati         D. sehelai sepinggang


Latihan 2 : Perumpamaan

1. Hubungan antara Anis dengan Mei Chuan sangat akrab seperti                                        .
    A. aur dengan tebing    B. isi dengan kuku    C. talam dua muka    D. anjing dengan kucing

2. Muka Ann pucat seperti                             kerana sudah seminggu menghidap deman panas.
    A. cacing kepanasan    B. galah di tengah arus    C. cicak makan kapur    D. ayam berak kapur

3. Rupa paras gadis itu bagai                          menyebabkan banyak jejaka terpikat dengan
    kejelitaannya.
    A. bulan penuh purnama    B. bulan jatuh ke riba    C. bulan dengan matahari    D.bertih digoreng

4. Cik Laila selalu dipuji oleh majikannya kerana dia bekerja dengan berhati-hati bagaikan            .
    A. mendukung biawak hidup    B. menghitung bulu kambing    C. menarik rambut dalam tepung
    D. telur di hujung tanduk

5. Kejayaan Ah Seng memenangi wang tunai sejuta ringgit dianggapnya bagai                              .
    A. api dalam sekam    B. bulan jatuh ke riba    C. hujan jatuh ke pasir    D. kera mendapat bunga

6. Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu seperti                                      .
    A. gergaji dua mata    B. Belanda meminta tanah    C. ayam berak kapur    D. cicak makan kapur

7. Puan Lim memelihara Wei Hao bagai                             walaupun dia hanyalah anak angkat.
    A. kumbang putus tali    B. manik putus tali    C. belut diregang    D. menatang minyak yang penuh

8. Nasihat yang saya berikan kepadanya sia-sia sahaja, bagai                                            .
    A. mencurah air ke daun keladi    B. embun di hujung rumput    C. rumput di tepi jalan
    D. bulan jatuh ke riba

9. Anita berjalan bagai                               kerana terlalu letih setelah menjalani latihan bola jaring.
    A. mencencang air    B. kacang lupakan kulit    C. itik pulang petang    D. rusa masuk kampung

10. Jalan masuk ke kampung yang terpencil itu bengkang-bengkok seperti                                   .
      A. ular kena palu    B. pinang dibelah dua    C. pahat dengan penukul    D. batu di pulau


Latihan 3 : Bidalan, Pepatah dan Kata-kata Hikmat

1. Soon Kit                             ketika berbaik-baik dengan Balan kerana dia hendak meminjam basikal
    barunya.
    A. ada asap ada api                     B. ada gula ada semut
    C. ada rotan ada duri                   D. ada udang di sebalik batu

2. Kita jangan terburu-buru ketika memandu, patutlah selalu ingat                                        .
    A. masa itu emas    B. ilmu pelita hati    C. muafakat itu berkat    D. pandu cermat jiwa selamat

3. Amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Bak kata pepatah,                                      .
    A. alah bisa tegal biasa                 B. malu berani, mati takut        
    C. hidup segan mati tak mahu       D. melentur buluh biarlah dari rebungnya

4. Penjahat yang merompak bank itu telah ditangkap oleh polis. Bak kata pepatah,                          .
    A. lembu punya susu, sapi dapat nama    B. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
    C. nasi sudah menjadi bubur                   D. kalah jadi abu, menang jadi arang
    
5. Encik Ho menerima pekerjaan yang susah itu dengan hati terbuka, kerana baginya                       .
    A. alah bisa tegal biasa                                  B. nasi sudah menjadi bubur   
    C. ukur baju di badan sendiri                         D. kalah jadi abu, menang jadi arang

6. Penduduk Kampung Makmur saling membantu kerana bagi mereka                                          .
    A. buang yang keruh, ambil yang jernih            B. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
    C. berat sama dipikul, ringin sama dijinjing       D. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

7. Pihak sekolah telah memberi bantuan kepada Abu sekeluarga kerana kehidupan mereka ibarat
                                                     .
    A. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri      B. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
    C. berani kerana benar, takut kerana salah    D. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

8. Pelancong-pelancong dari luar negara berasa hampa kerana pulau peranginan itu                       .
    A. ada pasang ada surut                                B. menanam tebu di tepi bibir   
    C. indah khabar daripada rupa                      D. harapkan pagar, pagar makan padi

9. Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan merupakan pemain badminton yang hebat. Mereka dikatakan
                                                    .
    A. berdiri sama tinggi, duduk sama rendah    B. kalah menjadi abu, menang menjadi arang
    C. lembu punya susu, sapi dapat nama          D. biar putih tulang, jangan putih mata

10. Peniaga yang                                    pandai mengambil hati pelanggannya.
      A. ada rupa ada harga                B. menanam tebu di tepi bibir
      C. alah bisa tegal biasa               D. ada gula ada semut


Latihan 4 : Peribahasa

 1. Sebelum turun ke sawah, Pak Long akan makan dua keping roti sebagai                                 .
     A. tali barut         B. puteri lilin         C. alas perut          D. besar perut

 2. Feng Huat digelar                           kerana suka meminta balik barang-barang pemberiannya.
     A. buruk siku          B. buruk makan         C. kepala angin         D. kerang busuk

 3. Tanpa usul periksa, pemuda yang                            itu terus memarahinya.
     A. telinga kuali         B. telinga nipis         C. muka tembok         D. lepas tangan

 4. Ketika keluar dari rumah itu, mereka hanya                          tanpa membawa apa-apa.
     A. berat hati         B. sebatang kara         C. mulut tempayan         D. sehelai sepinggang

 5. Beberapa orang                             ditangkap ketika merayau-rayau di bandar pada larut malam.
     A. ketam batu         B. kutu embun         C. kaki bangku         D. buruk siku

 6.                            Encik Wong apabila mendengar berita kematian anak sulungnya.
     A. Hati batu         B. Putus asa         C. Keras hati         D. Hancur hati

 7. Hubungan lelaki itu dengan ayah saya                                  sahaja.  
     A. ajak-ajak ayam       B. kera sumbang       C. bau-bau bacang       D. nyawa-nyawa ikan

 8. Linda Heng menghadapi                             dalam menyelesaikan soalan Matematik itu.
     A. besar hati         B. daya fikir         C. makan suap         D. jalan buntu

 9. Pak Abu dan Mak Minah kelihatan seperti                         apabila pertama kali menjejakkan kaki
     di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
     A. cacing kepanasan                      B. anjing dengan kucing
     C. rusa masuk kampung                 D. kera mendapat bunga

10. Pasangan pengantin yang bersanding di atas pelamin itu kelihatan cantik dan padan
      bagai                                           .
      A. pinang dibelah dua                   B. lembu dicucuk hidung
      C. bulan dipagari bintang              D. si kudung mendapat cincin

11. Jia Ling                                        kerana kurang membaca.
      A. bagai abu di atas tunggul                   B. bagai bertepuk sebelah tangan
      C. bagai pinang dibelah dua                   D. seperti katak di bawah tempurung

12. Kehidupan Wahid sekeluarga akhirnya                                     , apabila kedua-dua orang
      abangnya berjaya menjawat jawatan tinggi di ibu kota.
      A. bagai kain tiga hasta                          B. bagai Belanda meminta tanah
      C. seperti kumbang putus tali                 D. seperti kaca terhempas ke batu

13. Perempuan cantik itu bagai                            sering mendapat perhatian daripada orang ramai.
      A. batu jatuh ke lubuk                           B. ayam mengeram telur
      C. bulan penuh purnama                      D. bulan jatuh ke riba

14. Ketika mendengar kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap keluarganya, hati Fatimah sakit
      bagai                                                 .
      A. kumbang putus tali                            B. dihiris dengan sembilu
      C. kera mendapat bunga                       D. ayam disambar helang

15. Keadaan pengemis tua itu amat menyedihkan, seperti                                      tiada orang
      mempedulikannya.
      A. rumput di tepi jalan                            B. telur di hujung tanduk
      C. kumbang putus tali                            D. embun di hujung rumput

16. Sejak berjawatan tinggi, Eric tidak mahu pulang ke kampung halamannya, dia
      dikatakan                                               .
      A. seperti duri dalam daging                   B. seperti kacang lupakan kulit
      C. seperti kerbau dicucuk hidung           D. seperti kaca terhempas ke batu

17. Berusahalah dengan gigih sehingga berjaya kerana                                            .
      A. ada kerak adalah nasi                                B. ringan tulang, berat perut
      C. bagaimana acuan, begitulah kuihnya        D. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

18. Sudah terlambat untuk mengubah keputusan yang dibuat kerana                                .
      A. nasi sudah menjadi bubur                     B. hangat-hangat tahi ayam
      C. rumah sudah siap pahat berbunya       D. bumi mana yang tidak ditimpa hujan

19. Cikgu Mazni memaafkan budak yang melakukan kesalahan itu kerana baginya                          .
      A. ada udang di sebalik batu                      B. indah khabar daripada rupa
      C. harapkan pagar, pagar makan padi       D. bumi mana yang tidak ditimpa hujan

20. Pengurus syarikat itu terlalu percaya kepada pembantu peribadinya sehingga menyusahkan diri
      sendiri. Dia berasa kecewa kerana                                           .
      A. rosak badan kerana mulut                 B. harapkan pagar, pagar makan padi
      C. hidup segan mati tidak mahu             D. ada ubi ada batas, ada budi ada balas















3 comments:

  1. Latihan yang bagus dan banyak, teruskan usaha !

    ReplyDelete
  2. Latihan ini sesuai untuk saya membuat ulang kaji, terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  3. thank you, teacher.

    ReplyDelete

Slaid P&P 2

Slaid P&P 3

Sekian, terima kasih !