Pengenalan
Blog pengajaran dan pembelajaran ini dibina khas untuk kursus PJJ saya bagi mata pelajaran KRT3013 iaitu Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Saya adalah guru bahasa di SJK (C), oleh itu saya telah menyediakan blog P & P bagi mata pelajaran bahasa Malaysia tahun 5. Topik pengajaran yang saya pilih ialah peribahasa.
Dalam blog ini, saya telah menyediakan bahan pembelajaran seperti nota, slaid menarik yang berkaitan dengan peribahasa, soalan latihan dan juga disertakan jawapan
untuk soalan latihan. Saya juga telah meletakkan gambar-gambar yang diambil semasa aktiviti kelas dijalankan.
Semasa anda melayari blog saya, anda juga boleh mendengar dua buah lagu
yang menarik iaitu lagu kegemaran saya. Salah sebuah lagu ialah lagu
bahasa Cina yang bertajuk "Hati masih panas" yang dinyanyi oleh
S.H.E.(penyanyi Taiwan), manakala satu lagi ialah lagu Melayu yang
bertajuk "Matahariku" yang dinyanyi oleh Shila Amzah (penyanyi Malaysia
yang berbakat).
Sungguhpun saya telah menceburi bidang ini selama 17 tahun, tetapi semangat saya tetap berkobar-kobar, seperti tajuk lagu tersebut "hati masih panas" kerana memikirkan murid-murid bagai "matahariku" yang akan terus menyinari bumi kita. Oleh sebab makna yang tersirat inilah, saya memilih dua buah lagu ini untuk disiarkan dalam blog saya. Harap anda dapat menikmati dua buah lagu yang sedap ini. Anda juga boleh tekan "off" di sebelah atas untuk mematikan lagu.

Video-video yang saya masukkan didapati dari Youtube, iaitu video
animasi berkaitan dengan peribahasa. Gambar di dalam video-video
ini berwarna-warni, cantik dan menarik. Nikmatilah video-video yang saya
sediakan untuk anda. Saya juga menyediakan beberapa pautan yang diharap
berguna untuk anda. Saya berharap isi kandungan blog saya dapat
memanfaatkan anda.
Kata-kata Aluan
Memang tidak terfikir saya masih
berpeluang belajar di menara gading, bersyukurlah saya kerana Kementerian
Pendidikan sudi menyediakan peluang ini kepada guru yang masih belum mempunyai
ijazah pertama. Sebelum ini, saya hanya tahu menggunakan komputer untuk
menyediakan kertas soalan peperiksaan dan memasukkan markah atau maklumat murid
sahaja. Sangatlah malu kerana pengetahuan saya terhadap ICT hanyalah setakat itu sahaja.
Semester ini saya terpaksa merakam
video untuk proses pengajaran dan pembelajaran saya, copy rakaman tersebut
dalam CD, “upload” ke Youtube dan membina satu persembahan dengan menggunakan
Microsoft PowerPoint serta membina blog P&P. Semua ini merupakan satu
percubaan yang baru untuk saya. Bersyukurlah kini dua tugasan telah berjaya dihantar, sekarang barulah saya mempunyai
masa untuk belajar membina blog kerana sekolah telah mula bercuti.
Didapati bukan senang untuk membina
satu blog, juga susah untuk meminta bantuan kerana tidak ramai orang yang
mengenalinya. Tutor E-learning saya, Encik Sulaiman memang pakar dalam bidang
ini, saya telah belajar serba sedikit semasa mengikuti kelas tutorial beliau. Bersyukurlah saya dapat menghasilkan
blog ini atas bantuan daripada banyak pihak. Di sini saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyampaikan ilmu ini kepada
saya.
"Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.”
|
Saya amat pasti, setiap orang yang membesar di bumi Malaysia, pasti
pernah belajar dan hafal pantun ini, pantun yang paling asas diajar dan
dipelajari oleh anak-anak di setiap rumah. Mesejnya jelas: untuk
belajar, harus bersedia untuk menerima teguran dan tunjuk ajar. Lumrah
orang belajar, pasti akan melakukan kesalahan demi kesalahan, sebelum
menghampiri kesempurnaan. Bagaimana untuk menghampiri kesempurnaan,
adalah dengan rela menerima tunjuk ajar daripada yang berilmu. Proses
tunjuk ajar ini akan berlaku secara berulang-ulang kali dan memakan masa
yang bukan sedikit. Sesungguhnya, itulah hakikat dalam pembelajaran.
Salah satu unsur penting untuk mempelajari sesuatu, adalah keperluan untuk bertindak. Kaedah untuk belajar sambil bertindak merupakan kaedah klasik yang diperturunkan sejak turun-temurun. Kaedah ini memerlukan jiwa yang kental, keikhlasan dan keinginan yang tinggi untuk menghasilkan perubahan terhadap diri. Dalam era globalisasi sekarang, generasi muda mestilah celik ICT supaya berdaya saing. Sebagai guru kepada generasi muda sekarang, saya mestilah tidak boleh ketinggalan. Diharap blog ini akan mendapat komen yang membina daripada semua pihak, dengan ini barulah dapat saya memaju ke hadapan.
Sekian, terima kasih.

Terus berusaha
ReplyDeleteTahniah, satu usaha yang berjaya ! Blog cikgu sangat cantik, isi padat sekali ! Banyak bahan dikongsikan.
ReplyDeleteNice blog, successful !
ReplyDeleteGood job, keep it up !
ReplyDelete