Ads 468x60px

Labels

Friday 16 November 2012

Kata-kata Aluan




Memang tidak terfikir saya masih berpeluang belajar di menara gading, bersyukurlah saya kerana Kementerian Pendidikan sudi menyediakan peluang ini kepada guru yang masih belum mempunyai ijazah pertama. Sebelum ini, saya hanya tahu menggunakan komputer untuk menyediakan kertas soalan peperiksaan dan memasukkan markah atau maklumat murid sahaja. Sangatlah malu kerana pengetahuan saya terhadap ICT hanyalah setakat itu sahaja.

Semester ini saya terpaksa merakam video untuk proses pengajaran dan pembelajaran saya, copy rakaman tersebut dalam CD, “upload” ke Youtube dan membina satu persembahan dengan menggunakan Microsoft PowerPoint serta membina blog P&P. Semua ini merupakan satu percubaan yang baru untuk saya. Bersyukurlah kini dua tugasan telah berjaya dihantar, sekarang barulah saya mempunyai masa untuk belajar membina blog kerana sekolah telah mula bercuti.

Didapati bukan senang untuk membina satu blog, juga susah untuk meminta bantuan kerana tidak ramai orang yang mengenalinya. Tutor E-learning saya, Encik Sulaiman memang pakar dalam bidang ini, saya telah belajar serba sedikit semasa mengikuti kelas tutorial beliau. Bersyukurlah saya dapat menghasilkan blog ini atas bantuan daripada banyak pihak. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyampaikan ilmu ini kepada saya.
                                                  

                                          "Buah cempedak di luar pagar,                                          
Ambil galah tolong jolokkan,
                                           Saya budak baru belajar,
                                           Kalau salah tolong tunjukkan.”

Saya amat pasti, setiap orang yang membesar di bumi Malaysia, pasti pernah belajar dan hafal pantun ini, pantun yang paling asas diajar dan dipelajari oleh anak-anak di setiap rumah. Mesejnya jelas: untuk belajar, harus bersedia untuk menerima teguran dan tunjuk ajar. Lumrah orang belajar, pasti akan melakukan kesalahan demi kesalahan, sebelum menghampiri kesempurnaan. Bagaimana untuk menghampiri kesempurnaan, adalah dengan rela menerima tunjuk ajar daripada yang berilmu. Proses tunjuk ajar ini akan berlaku secara berulang-ulang kali dan memakan masa yang bukan sedikit. Sesungguhnya, itulah hakikat dalam pembelajaran.

Salah satu unsur penting untuk mempelajari sesuatu, adalah keperluan untuk bertindak. Kaedah untuk belajar sambil bertindak merupakan kaedah klasik yang diperturunkan sejak turun-temurun. Kaedah ini memerlukan jiwa yang kental, keikhlasan dan keinginan yang tinggi untuk menghasilkan perubahan terhadap diri. Dalam era globalisasi sekarang, generasi muda mestilah celik ICT supaya berdaya saing. Sebagai guru kepada generasi muda sekarang, saya mestilah tidak boleh ketinggalan. Diharap blog ini akan mendapat komen yang membina daripada semua pihak, dengan ini barulah dapat saya memaju ke hadapan.

Sekian, terima kasih.

3 comments:

  1. Syabas, satu usaha yang baik !

    ReplyDelete
  2. "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Tahniah, telah berjaya membina satu blog yang menarik dan bersistem.

    ReplyDelete
  3. Syabas, cikgu..teruskan usaha anda..

    ReplyDelete

Slaid P&P 2

Slaid P&P 3

Sekian, terima kasih !