Ads 468x60px

Labels

Sunday 2 December 2012

Pengenalan


Blog pengajaran dan pembelajaran ini dibina khas untuk kursus PJJ saya bagi mata pelajaran KRT3013 iaitu Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Saya adalah guru bahasa di SJK (C), oleh itu saya telah menyediakan blog P & P bagi mata pelajaran bahasa Malaysia tahun 5. Topik pengajaran yang saya pilih ialah peribahasa.

Dalam blog ini, saya telah menyediakan bahan pembelajaran seperti nota, slaid menarik yang berkaitan dengan peribahasa, soalan latihan dan juga disertakan jawapan untuk soalan latihan. Saya juga telah meletakkan gambar-gambar yang diambil semasa aktiviti kelas dijalankan.

Semasa anda melayari blog saya,  anda juga boleh mendengar dua buah lagu yang menarik iaitu lagu kegemaran saya. Salah sebuah lagu ialah lagu bahasa Cina yang bertajuk "Hati masih panas" yang dinyanyi oleh S.H.E.(penyanyi Taiwan),  manakala satu lagi ialah lagu Melayu yang bertajuk "Matahariku" yang dinyanyi oleh Shila Amzah (penyanyi Malaysia yang berbakat).

Sungguhpun saya telah menceburi bidang ini selama 17 tahun, tetapi semangat saya tetap berkobar-kobar, seperti  tajuk lagu tersebut "hati masih panas" kerana memikirkan murid-murid bagai "matahariku" yang akan terus menyinari bumi kita. Oleh sebab makna yang tersirat inilah, saya memilih dua buah lagu ini untuk disiarkan dalam blog saya. Harap anda dapat menikmati dua buah lagu yang sedap ini. Anda juga boleh tekan "off" di sebelah atas untuk mematikan lagu.


Video-video yang saya masukkan didapati dari Youtube, iaitu video animasi berkaitan dengan peribahasa. Gambar di dalam video-video ini berwarna-warni, cantik dan menarik. Nikmatilah video-video yang saya sediakan untuk anda. Saya juga menyediakan beberapa pautan yang diharap berguna untuk anda. Saya berharap isi kandungan blog saya dapat memanfaatkan anda.  







2 comments:

  1. Your blog improved a lot, well done !

    ReplyDelete
  2. Bahan P&P dalam blog ini pelbagai dan menarik, jelas dan tersusun. Satu usaha yang bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete

Slaid P&P 2

Slaid P&P 3

Sekian, terima kasih !